Gegak gempita yang tiba-tiba memecah suasana, dentuman guruh yang tetiba berbunyi diiringi oleh pancaran dan percikan cahaya yang mengeluarkan api di kiri dan kanan telah menyebabkan sekumpulan pelesit lari bertempiaran.
Pada masa yang sama seekur setan gondol tiba-tiba terjatuh dari langit, menjunam dan terguling-guling ke dalam semak belukar. Kemudian ia bangun, lalu meraung sekuat hatinya, menangis dengan penuh kehibaan. Ia mengorak langkah perlahan-lahan dan terhencot-hencot, berdarah lututnya, rupa-rupa patah kakinya!! Disaksikan oleh setan-setan gondol yang lain, jin-jin termasuk jin Ifrit alias Alfred dan kuncu-kuncunya, seolah-olah dalam fikiran mereka berkata, "siapa suruh kau....rasakan..."
Setan jantan dan betina muncul dari segenap arah; kiri, kanan, atas, bawah, dari udara dan langit. Serentak itu, tanah di persekitaran Kelab Padang Santai Horror tiba-tiba merekah dan keluarlah mereka-mereka yang bergelar jembalang dan puaka tak termasuk Hantu Kak Limah balek rumah dan Pocong Kpg Bandong. Tersangat ngeri rupanya, ada yang merangkak stail back stroke, ada pulak yang terus bangkit berdiri, ada yang terhencot-hencot, ada yang sebelah mata terjembol, manakala yang sebelah lagi tergantung-gantung terkeluar dari socketnya dan bergoyang ke kiri dan ke kanan sewaktu mereka berjalan tapi tak juga putus-putus. Suasana yang penuh kengerian dicelahi dengan bau hanyir yang sangat meloyakan tekak tiba-tiba tercium. Sekumpulan setan betina kacokan jin meraung kemarahan....tak tahan!!
Suasana semakin bingit apabila dari kejauhan datang sekumpulan entiti yang berkepala kambing, tanduk besar runcing yang melengkung kedalam menandakan kedudukannya dalam heiraki perkumpulan mereka. Sempat pulak ketua mereka menjeling kumpulan setan betina kacokan jin yang tiada seurat benang pun di tubuh mereka!!
Tiba-tiba, ketua mereka bersuara, "Does anyone among you know why we are summoned here today, now, at this very hour??"(amboi...speaking pulak) Wajah bengis, rambut kemerah-merahan, badan tegap sasa dan megah kerana dialah merupakan ketua di antara ketua. Tiada seekor pun dalam kalangan mereka menjawab, menggunakan sign language dengan menggelengkan kepala pun tiada yang berani. Suasana semakin bertambah stress dan tension sehingga ketua mereka, yang sebenarnya lebih dikenali dengan nama Forever Young ketika membuka mulut hendak bertanya untuk kali keduanya terus ternganga apabila terdengar bunyi laungan yang teramat sangat kuat bunyinya sehingga cuping-cuping telinga mereka yang adanya runcing, ada yang bulat seperti talam dan ada pulak yang tiada berbentuk apa-apa (bermakna tiada telinga, tinggal lubangnya saja) bergetar-getar seperti daun-daun yang ditiup angin. Panik, suspen dan kesemua mereka terpinga-pinga dengan penuh pertanyaan di minda.
Dalam kebingungan dan huru hara, tiba-tiba, muncul sesuatu di ruang udara, bersayap putih selebar maya, entah berapa hasta, tiada sesiapa pun yang tahu, termasok kau dan aku. Seketika.....suasana sekitar Kelab Padang Santai Horror menjadi senyap dan sunyi sehinggakan angin yang bertiup sesepoi bahasa pun tiada kedengaran. Yang panik lalu rasa nak kentut pun tak berani dikeluarkan, terpaksa ditahan. Namun ada yang terlalu pengecut, tak bersuara, tetapi mengeluarkan air dari celah kangkang!! Basah....haru...dan bau!!
"DENGAR SINI....WAHAI SEKELIAN JIN-JIN, SETAN-SETAN JANTAN DAN BETINA, SAMADA DARI KALANGAN KETURUNAN SETAN MURNI ATAU KACOKAN, PELESIT, JEMBALANG, PUAKA DAN ENTITI-ENTITI YANG SUKA MERUSAKKAN UMAT MANUSIA DAN MENJERUMUSKAN MEREKA KE KANCAH DOSA DAN NODA. TAK KETINGGALAN JUGA ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG SUMBANG DALAM PERLAKUAN KAMU SEMUA, ADALAH MENGHASUT MANUSIA UNTUK BERBUAT ANGKARA DAN KADANG-KADANG MEMBUAT MEREKA TERPRASAN TAK SUDAH-SUDAH. DENGAN INI, DENGAN SEGALA RASA PENUH TANGGUNGJAWAB, DIUMUMKAN BAHAWA KALIAN SEMUA TELAH DIBERI CUTI SEBULAN MEMANDANGKAN RAMADHAN AL MUBARAK TELAH MENJELANG. ALMAKLUMLAH RAMADHAN ADALAH BULAN YANG SUCI DAN KEHADIRANNYA TIADALAH BOLEH DICEMARI DENGAN HADIRNYA KALIAN. DARI ITU, HARAP MAKLUM, KEMUDAHAN TELAH DISEDIAKAN .....GRATIS UNTUK SEBULAN. KALIAN HANYA AKAN DIBEBASKAN APABILA SYAWAL HAMPIR MENJELANG. SILA BERBARIS DAN DIINGATKAN BAHAWA KALIAN TIDAK AKAN DAPAT MELARIKAN DIRI KERANA DENGAN SENDIRINYA KAKI DAN TANGAN KALIAN AKAN TERBELENGGU. SEKIAN."
Selesai pengumuman dibaca, riuh rendah suasana, penuh dengan kemarahan, kebencian, maki hamun terlaung. Tak ketinggalan, ada yang cuba melarikan diri, namun secepat kilat gari ujud di pergelangan kaki dan tangan mereka. Tiada jalan keluar, pengisytiharan sudah dibaca, perintah harus dijalankan. Bagi mereka, tiada ucapan lain untuk diperkatakan melainkan, "Selamat Tinggal Ramadhan." Dengan itu, sama-samalah kita mengharap agar kita tak perlu mengucapkan selamat tinggal pada Ramadhan yang mulia seperti mereka-mereka itu. Bersyukurlah dan ambil iktibar dari kesah tersebut biarpun diketengahkan dalam bentuk humor. Don't try this at home and selamat beribadah sempena bulan Ramadhan Al Mubarak. Sekian, assalamu'alaikum......
@khutubkhanah
hadiahalol
28052017
Manusia datang dan pergi seperti mana cinta....namun cinta paling agung milik Rabb yang esa.
Sunday, 28 May 2017
Friday, 26 May 2017
bapaku - pahlawan terbilang
Ingat masa-masa masih kecik dulu, sebelum tidur mak kita akan cerita....antara lain, kisah-kisah yang dipaparkan adalah berkisar pada zaman dahulukala. Dia menceritakan tentang zaman nenek moyang bapa kita orang. Kononnya keturunan bapa ni berasal dari Samarinda, Indonesia. Pas tu datok nenek bapa kita adalah orang yang kebal, tak lut dek senjata. Oleh kerana terlalu kebal, apabila cuping telinganya dijentik, bunyi yang terkeluar adalah seperti pukulan pada talam besi, kata mak kita orang. And then, pas tu abang aku, Adi dan Ali buat muka....perli mak kita orang...berkerut dahi and then senyum, seolah-olah dalam fikiran dia orang mengatakan,"isshhhh.....ada ke macam tu! Tipuuuu...tak caye!!!!" Adik-adik kita orang yang lain...dahhhh, dahhhh masok dah...mulut ternanga...abislah tu....amazing habis. Aku sendiri, relek je, layannnn....
Itu kisah tok nenek bapa kita orang. And then mak kita orang bukak cerita lain, kali ini cerita seram. Yang lucunya, bila cerita seram, semua kumpul duduk dekat-dekat, kalau boleh semua nak masok duduk dalam pangkuan mak kita orang. Hahaha....yang bungsu sekalilah dapat tempat tu. Mak kita tak adalah cerita tiap-tiap malam, kadang-kadang bila dia dah bosan dan bila semua orang demand untuk mendengar cerita, dia akan memulakannya begini, "Pada suatu cerita, taik mata besar pelita, taik idong besar kuali...." And then kita orang pun tergelak, tapi ada yang tak puas hati akan merengek dan tetap paksa dia untuk bercerita.
Berbalik pada kisah bapa kita yang terbilang kepahlawanannya tu....masa kecik-kecik dulu memang suka membuat onar...kenapa ya? Kalau tak buat onar....tak happening!! Waktu tu bapa tengah tidurrr....and start project...
Entah...idea pun bodoh bodoh...kita orang ambik newspaper, pas tu dikoyak kecik-kecik and then masok mulut, kunyah... kunyah sampai betol-betol lembut...and then keluarkan dari mulut, bulatkan. There u go....dah bulat dan lembut...hahh..lempar ke siling...tapi, kalau yang tak lembut tu, dia akan jatuh.
Kita orang challenge sorang dapat buat berapa banyak. Yang terer mestilah abang aku yang dua orang tu...aku dengan adik kita Limah tak boleh tanding abang abang yang hebat tu. Semakin banyak yang dikunyah dan dilempar...makin suka dan makin syok, sehingga tak sedar, terlalu asyik melempar keatas, mestilah diiringi dengan bunyi bising hentakan kaki yang melompat-lompat sehingga pahlawan yang tengah tidur tadi terjaga!!!
Apa lagi...kena sergah..."Hoiii, kau orang buat apa???" Keempat-empat kita orang terkejut tapi terlambat nak sorokkan cebisan surat khabar yang bersepah atas lantai. Bila bapa bangkit dari baringnya dan dapatkan kita orang, dalam keadaan masih terfikir-fikir apa yang menyeronokkan tadi, dia bertanya," Apa bersepah ni?" Sorang pun tak berani jawab, in fact kalau nak jawab apa susahnya," kertaslah!!!" Siapa berani jawab, biar dia sendiri yang dapat jawapannya. Kita orang berempat tak berani kemana-mana, tercegat kat situ je. Menunggu takdir...tiba-tiba bapa dongak keatas dan terlihat tompok-tompok kertas
yang melekat kat siling. Punyalah marah, dia pi ambik penyapu dan maki kita orang. (bersambung......)
masihkah kau ingat
masihkah kau ingat
detik pertama aku terpandang wajahmu
saat kau kucup bibirku
ingin kukatakan
di saat itu.....
aku telah jatuh hati padamu
lalu aku rindu dan
aku ingin selalu bersamamu
detik berlalu
saat kita disatukan di pelaminan
berbekal rasa cinta
kau dan aku
harungi bersama
segala suka dan duka
pahit dan manis
gembira dan kecewa
kita tetap bersama
hari berlalu
kini.......
engkaulah
yang bergelar bapa
kepada anak-anakku
intan, mas, as, eqah dan nizam
siapalah aku....
dan siapalah mereka
tanpamu
engkau.....
yang telah menerangi aku
dari segala kegelapan
yang menghidupkan semula
benih-benih kasih yang hampir
layu dalam diriku
yang membetulkan aku dari
segala kekeliruan
yang menyedarkan tentang
sombong dan taksubnya
seorang aku
yang telah menimbulkan
keinsafan dan memberi
pengertian sebenarnya
hakikat seorang lelaki bernama suami
aku hampir terlupa tempat ku berpijak
sungguh....
kata-kata tidak memadai
untuk ku menyatakan rasa terima kasih
aduhai suamiku
maafkanlah aku di atas keterlanjuranku
biarlah hari ini
menjadi titik permulaan bagi kita
untuk memulakan satu lagi
perjalanan baru
duhai kekasihku
di hari lahirmu
aku ucapkan selamat panjang umur
dan murah rezeki dan semuga
kita sekeluarga tetap hidup dalam
aman dan bahagia serta berkekalan
sampai akhir masa
SELAMAT HARI LAHIR
created on 28012000
specially for hubby's birthday
@kamartulis
hadiahalol
Monday, 22 May 2017
eternally YOURS
long has the flowers bloom in the garden
waters smoothly flow down the path
the soft breeze whispering
through the leaves
they shake....
vigorously
such a beauty
enchanting....
little millipedes crawling
up the stones
tiny ants marching their way in.....
caressing the petals of the morning glory
giving them way to sip sweet dew
birds chirping up the branches
greetings to all....
a very good morning
the day moves on
and so must we
Great Rabb....
undeniable....
all these are yours
for eternity...
flora and fauna
@kamartulis
12032017
waters smoothly flow down the path
the soft breeze whispering
through the leaves
they shake....
vigorously
such a beauty
enchanting....
little millipedes crawling
up the stones
tiny ants marching their way in.....
caressing the petals of the morning glory
giving them way to sip sweet dew
birds chirping up the branches
greetings to all....
a very good morning
the day moves on
and so must we
Great Rabb....
undeniable....
all these are yours
for eternity...
flora and fauna
@kamartulis
12032017
kau tak perlu tahu
demi tujuh lapisan langit dan bumi
demi seluruh isi alam semesta
aku tiada daya untuk menepisnya
siapa yang dapat menghalangmu
kerana aku percaya pada takdir
yang telah tertulis di Lauhil Mahfudz
untuk kau menzahirkan rasa
kerana cinta itu tidak
bisa dibendung lagi
pergilah kau dan
sambutlah tangannya
usah ragu
aku akan tetap di sini
aku akan tetap begini
seadanya....sebegini
siapa yang tahu
biar remuk pecah berderai
biar meledak hancur berkecai
tiada pentingnya lagi
untuk kau tahu
kerana.....
kau tak perlu tahu
biarlah begini
@khutubkhanah
the decision made - 30082016
hadiahalol
demi seluruh isi alam semesta
aku tiada daya untuk menepisnya
siapa yang dapat menghalangmu
kerana aku percaya pada takdir
yang telah tertulis di Lauhil Mahfudz
untuk kau menzahirkan rasa
kerana cinta itu tidak
bisa dibendung lagi
pergilah kau dan
sambutlah tangannya
usah ragu
aku akan tetap di sini
aku akan tetap begini
seadanya....sebegini
siapa yang tahu
biar remuk pecah berderai
biar meledak hancur berkecai
tiada pentingnya lagi
untuk kau tahu
kerana.....
kau tak perlu tahu
biarlah begini
@khutubkhanah
the decision made - 30082016
hadiahalol
Sunday, 7 May 2017
KENANGAN INDAH BERSAMA NIK (1979 -SMK DATO' PERMAISURI, MIRI)
Nik, masihkah kau ingat.... di saat itu kau dan aku dalam tingkatan 5. Aku tak punya sahabat lain seakrab aku dengan kau. Kawan ramai sekeliling.... tapi yang faham aku adalah kau dan yang faham kau adalah aku. So, kita ngam sangatlah tu. Dan yang lain tu tak akan faham kerja dan maksud gila kita berdua. Hanya kau dan aku. Aku masih ingatlah Nik, setiap hari pegi sekolah, aku tak bawa belanja. Nasib baik ada kawan sebaik engkau. Kau akan beli karipap dan kongsi makan dengan aku. Beli mi goreng dua bungkus, satu untik kau dan satu untuk aku. Kadang-kadang kalau terlalu emosi mengenang kisah lama ni, aku rasa........................Eh! bukan nak nangis.......rasa nak pakai seragam sekolah dan pi sekolah sekarang juga. Hai....hai....indahnya zaman persekolahan. Cuma, yang tak bestnya waktu tu...homework dan study untuk exam!! Kita berdua dulu taklah terok sangat result SPM kan...kan??
Selepas Form 5 aku tak tau kau pegi mana Nik. Kita terputus hubungan dan aku pun terkapai-kapai sana sini. Last-last tu bapa aku kata," Mai diah, kita pegi Education Dept." "Huhh..buat apa??" kepala hotak aku bertanya. "Kita pegi sana, isi borang dan mohon untuk jadi guru sandaran." Terkejut berok aku dibuatnya! "Huusshh....bolehkah aku mengajar?? Murid-murid tu nanti akan takut ke dengan aku??" Belum apa-apa dah jauh fikiran melayang, macam tak konpiden je. "hah...cepatlah tukar baju, ikut bapa." Pas tu aku ikut bapa aku naik motosikal Honda Belalangnya yang tak berapa nak laju. Bapa aku tak ada kereta, modalnya cuma motosikal tu aje. Turun naik pegi pasar Miri, honda tulah yang dia tunggang. Dipendekkan kisah ni, permohonan aku diterima dan mengajarlah aku di SRK Anchi yang letaknya tak jauh dari rumah kita orang.
Aisehhh.....seronok juga jadi cikgu ni...anak anak murid aku tu termasuklah adik adik aku yang kat rumah tu. Kat sekolah mereka panggil aku "Cikgu, Cikgu." tapi sampai kat rumah panggil "diah,diah" Kurang asam, diajar panggil 'kakak' tak mau, bukan apa, sebab dah biasa. Itu salah makpak aku....takpe aku dah maafkan mereka.
Berbalik pada kisah kita Nik....kau ingat tak, sewaktu kita pulang sekolah dan singgah dekat pondok Pak Guard. Entahlah...kita berdiri kat situ lama-lama, tunggu sapa hah?? Tunggu boyfriend aku kot? Kau mana ada boyfriend kan masa tu. Tunggu punya tunggu, tak juga kunjung tiba. Kita jadi tambah boring. Kalau sekarang ni, budak-budak kata tak happening!! Aku masih ingat Nik, Bila aku nampak je mentol lampu yang bergantung dalam pondok tu, aku ajak kau masok kedalam. Kau pun turut cakap aku. Kemudian aku suruh kau nyanyi, kau kata tak nak. Kau kata suara aku lagi sedap, nyanyilah lagu Saloma...Bila Larut Malam. Pas tu kan kita toleh kiri kanan dulu, kalau tak ada orang lalu lalang, baru aku nyanyi. "Hah...tak ada orang diah..nyanyilah kau....aku jadi penonton."
Aku pun beraksi....nak jadiklah Salomalah ni.....beg sekolah letak bawah. Tangan sebelah angkat paras pinggang..ikut stail Salomalah konon dan microphonenya adalah mentol tadi. Kerana mentol tu tinggi sikit, jadi terpaksalah adjust kepala, dongak sedikit atas. Oleh kerana itu lagu Saloma, ikut cara lirikan mata dia, goyang badan walau sikit-sikit je...tapi mesti seksi....sebutan tu, mesti ikut cara mulut Saloma jugalah. Waktu aku nyanyi...aku ingat Nik...tak habis nyanyi sebab geli hati tengok kau tergelak lihat telatah aku. Nik, kalau aku flashback semua tu, aku sakit perut gelak, sampai rasa nak terkencing pulak. Nasib baik guru besar tak lalu kat situ....kalau ada...finishlah you and me...masok pejabat weiiii!!
Dan boyfriend aku tu tak nampak-nampak. Hai....sihitam manis tu, manalah dia ni!? Memang pun, aku yang berangan sangat kat dia...dia tak tau pun hujung pangkal cerita. Manalah nak respon!!
Hahahaha.......seronaknya waktu bersekolah....... (nanti sambung kisah kita Nik...ada banyak lagi)
@kamartulis
10.45pm07052917
hadiahalol
Selepas Form 5 aku tak tau kau pegi mana Nik. Kita terputus hubungan dan aku pun terkapai-kapai sana sini. Last-last tu bapa aku kata," Mai diah, kita pegi Education Dept." "Huhh..buat apa??" kepala hotak aku bertanya. "Kita pegi sana, isi borang dan mohon untuk jadi guru sandaran." Terkejut berok aku dibuatnya! "Huusshh....bolehkah aku mengajar?? Murid-murid tu nanti akan takut ke dengan aku??" Belum apa-apa dah jauh fikiran melayang, macam tak konpiden je. "hah...cepatlah tukar baju, ikut bapa." Pas tu aku ikut bapa aku naik motosikal Honda Belalangnya yang tak berapa nak laju. Bapa aku tak ada kereta, modalnya cuma motosikal tu aje. Turun naik pegi pasar Miri, honda tulah yang dia tunggang. Dipendekkan kisah ni, permohonan aku diterima dan mengajarlah aku di SRK Anchi yang letaknya tak jauh dari rumah kita orang.
Aisehhh.....seronok juga jadi cikgu ni...anak anak murid aku tu termasuklah adik adik aku yang kat rumah tu. Kat sekolah mereka panggil aku "Cikgu, Cikgu." tapi sampai kat rumah panggil "diah,diah" Kurang asam, diajar panggil 'kakak' tak mau, bukan apa, sebab dah biasa. Itu salah makpak aku....takpe aku dah maafkan mereka.
Berbalik pada kisah kita Nik....kau ingat tak, sewaktu kita pulang sekolah dan singgah dekat pondok Pak Guard. Entahlah...kita berdiri kat situ lama-lama, tunggu sapa hah?? Tunggu boyfriend aku kot? Kau mana ada boyfriend kan masa tu. Tunggu punya tunggu, tak juga kunjung tiba. Kita jadi tambah boring. Kalau sekarang ni, budak-budak kata tak happening!! Aku masih ingat Nik, Bila aku nampak je mentol lampu yang bergantung dalam pondok tu, aku ajak kau masok kedalam. Kau pun turut cakap aku. Kemudian aku suruh kau nyanyi, kau kata tak nak. Kau kata suara aku lagi sedap, nyanyilah lagu Saloma...Bila Larut Malam. Pas tu kan kita toleh kiri kanan dulu, kalau tak ada orang lalu lalang, baru aku nyanyi. "Hah...tak ada orang diah..nyanyilah kau....aku jadi penonton."
Aku pun beraksi....nak jadiklah Salomalah ni.....beg sekolah letak bawah. Tangan sebelah angkat paras pinggang..ikut stail Salomalah konon dan microphonenya adalah mentol tadi. Kerana mentol tu tinggi sikit, jadi terpaksalah adjust kepala, dongak sedikit atas. Oleh kerana itu lagu Saloma, ikut cara lirikan mata dia, goyang badan walau sikit-sikit je...tapi mesti seksi....sebutan tu, mesti ikut cara mulut Saloma jugalah. Waktu aku nyanyi...aku ingat Nik...tak habis nyanyi sebab geli hati tengok kau tergelak lihat telatah aku. Nik, kalau aku flashback semua tu, aku sakit perut gelak, sampai rasa nak terkencing pulak. Nasib baik guru besar tak lalu kat situ....kalau ada...finishlah you and me...masok pejabat weiiii!!
Dan boyfriend aku tu tak nampak-nampak. Hai....sihitam manis tu, manalah dia ni!? Memang pun, aku yang berangan sangat kat dia...dia tak tau pun hujung pangkal cerita. Manalah nak respon!!
Hahahaha.......seronaknya waktu bersekolah....... (nanti sambung kisah kita Nik...ada banyak lagi)
@kamartulis
10.45pm07052917
hadiahalol
Saturday, 6 May 2017
mend my broken heart
mend my broken heart
I'm down with tears
crying my heart out
how would I face tomorrow
when I'm tied up with sorrow
mend this breaking heart
he left me in the rain
drenched to the skin inside out
fate has written and destiny's pursued
mend this broken heart
I seek your refuge
when loneliness decides to stay
and happiness fades away
mend this breaking heart
I won't ask for more
make these tears go
and let the stars shine and glow
mend this broken heart
and be my friend
hold my hand and walk with me
I've yet to tell you a tale or two
and help me get out of this blue
hadiahalol@kamartulis
24102016-10.30pm
I'm down with tears
crying my heart out
how would I face tomorrow
when I'm tied up with sorrow
mend this breaking heart
he left me in the rain
drenched to the skin inside out
fate has written and destiny's pursued
mend this broken heart
I seek your refuge
when loneliness decides to stay
and happiness fades away
mend this breaking heart
I won't ask for more
make these tears go
and let the stars shine and glow
mend this broken heart
and be my friend
hold my hand and walk with me
I've yet to tell you a tale or two
and help me get out of this blue
hadiahalol@kamartulis
24102016-10.30pm
MILIK SIAPA
Aku bukan milikmu selama-lamanya
dan engkau bukanlah milik aku seabadinya
lalu aku tertanya-tanya....
nanti suatu ketika
kemanakah hilang rasa cinta yang pernah terbina
sewaktu engkau dan aku sudah tiada
terkuburkah ia bersama kita di liang sana?
atau termaktub rapi di dada senarai peristiwa?
bisakah nanti.....
cinta dijulang semula di alam kedua
dek membuktikan jiwa
yang pernah bergelora
keranamu
atau.....
katakanlah kepadaku
cinta itu tiada hak untuk berada di akhirat sana
kerana kita banyak berbuat dosa
benarkah begitu?
aduhai....sebak aku dibuatnya
lalu aku berpaling
agar aku terus teguh dan tabah
kupahat......biar kekal di minda
biar menerobos ke dalam dada
cinta agung itu milik RABB yang esa
siapalah engkau
siapakah aku
apalah adapada kita
Gementar dan sendunya bila aku memikirkan
engkau tak akan pernah menjadi milikku seabadinya
kerana yang pasti dan kekalnya
milik kita adalah DOSA!!!
@kamartulis
11042016-9.35am
dan engkau bukanlah milik aku seabadinya
lalu aku tertanya-tanya....
nanti suatu ketika
kemanakah hilang rasa cinta yang pernah terbina
sewaktu engkau dan aku sudah tiada
terkuburkah ia bersama kita di liang sana?
atau termaktub rapi di dada senarai peristiwa?
bisakah nanti.....
cinta dijulang semula di alam kedua
dek membuktikan jiwa
yang pernah bergelora
keranamu
atau.....
katakanlah kepadaku
cinta itu tiada hak untuk berada di akhirat sana
kerana kita banyak berbuat dosa
benarkah begitu?
aduhai....sebak aku dibuatnya
lalu aku berpaling
agar aku terus teguh dan tabah
kupahat......biar kekal di minda
biar menerobos ke dalam dada
cinta agung itu milik RABB yang esa
siapalah engkau
siapakah aku
apalah adapada kita
Gementar dan sendunya bila aku memikirkan
engkau tak akan pernah menjadi milikku seabadinya
kerana yang pasti dan kekalnya
milik kita adalah DOSA!!!
@kamartulis
11042016-9.35am
Subscribe to:
Posts (Atom)