Gegak gempita yang tiba-tiba memecah suasana, dentuman guruh yang tetiba berbunyi diiringi oleh pancaran dan percikan cahaya yang mengeluarkan api di kiri dan kanan telah menyebabkan sekumpulan pelesit lari bertempiaran.
Pada masa yang sama seekur setan gondol tiba-tiba terjatuh dari langit, menjunam dan terguling-guling ke dalam semak belukar. Kemudian ia bangun, lalu meraung sekuat hatinya, menangis dengan penuh kehibaan. Ia mengorak langkah perlahan-lahan dan terhencot-hencot, berdarah lututnya, rupa-rupa patah kakinya!! Disaksikan oleh setan-setan gondol yang lain, jin-jin termasuk jin Ifrit alias Alfred dan kuncu-kuncunya, seolah-olah dalam fikiran mereka berkata, "siapa suruh kau....rasakan..."
Setan jantan dan betina muncul dari segenap arah; kiri, kanan, atas, bawah, dari udara dan langit. Serentak itu, tanah di persekitaran Kelab Padang Santai Horror tiba-tiba merekah dan keluarlah mereka-mereka yang bergelar jembalang dan puaka tak termasuk Hantu Kak Limah balek rumah dan Pocong Kpg Bandong. Tersangat ngeri rupanya, ada yang merangkak stail back stroke, ada pulak yang terus bangkit berdiri, ada yang terhencot-hencot, ada yang sebelah mata terjembol, manakala yang sebelah lagi tergantung-gantung terkeluar dari socketnya dan bergoyang ke kiri dan ke kanan sewaktu mereka berjalan tapi tak juga putus-putus. Suasana yang penuh kengerian dicelahi dengan bau hanyir yang sangat meloyakan tekak tiba-tiba tercium. Sekumpulan setan betina kacokan jin meraung kemarahan....tak tahan!!
Suasana semakin bingit apabila dari kejauhan datang sekumpulan entiti yang berkepala kambing, tanduk besar runcing yang melengkung kedalam menandakan kedudukannya dalam heiraki perkumpulan mereka. Sempat pulak ketua mereka menjeling kumpulan setan betina kacokan jin yang tiada seurat benang pun di tubuh mereka!!
Tiba-tiba, ketua mereka bersuara, "Does anyone among you know why we are summoned here today, now, at this very hour??"(amboi...speaking pulak) Wajah bengis, rambut kemerah-merahan, badan tegap sasa dan megah kerana dialah merupakan ketua di antara ketua. Tiada seekor pun dalam kalangan mereka menjawab, menggunakan sign language dengan menggelengkan kepala pun tiada yang berani. Suasana semakin bertambah stress dan tension sehingga ketua mereka, yang sebenarnya lebih dikenali dengan nama Forever Young ketika membuka mulut hendak bertanya untuk kali keduanya terus ternganga apabila terdengar bunyi laungan yang teramat sangat kuat bunyinya sehingga cuping-cuping telinga mereka yang adanya runcing, ada yang bulat seperti talam dan ada pulak yang tiada berbentuk apa-apa (bermakna tiada telinga, tinggal lubangnya saja) bergetar-getar seperti daun-daun yang ditiup angin. Panik, suspen dan kesemua mereka terpinga-pinga dengan penuh pertanyaan di minda.
Dalam kebingungan dan huru hara, tiba-tiba, muncul sesuatu di ruang udara, bersayap putih selebar maya, entah berapa hasta, tiada sesiapa pun yang tahu, termasok kau dan aku. Seketika.....suasana sekitar Kelab Padang Santai Horror menjadi senyap dan sunyi sehinggakan angin yang bertiup sesepoi bahasa pun tiada kedengaran. Yang panik lalu rasa nak kentut pun tak berani dikeluarkan, terpaksa ditahan. Namun ada yang terlalu pengecut, tak bersuara, tetapi mengeluarkan air dari celah kangkang!! Basah....haru...dan bau!!
"DENGAR SINI....WAHAI SEKELIAN JIN-JIN, SETAN-SETAN JANTAN DAN BETINA, SAMADA DARI KALANGAN KETURUNAN SETAN MURNI ATAU KACOKAN, PELESIT, JEMBALANG, PUAKA DAN ENTITI-ENTITI YANG SUKA MERUSAKKAN UMAT MANUSIA DAN MENJERUMUSKAN MEREKA KE KANCAH DOSA DAN NODA. TAK KETINGGALAN JUGA ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG SUMBANG DALAM PERLAKUAN KAMU SEMUA, ADALAH MENGHASUT MANUSIA UNTUK BERBUAT ANGKARA DAN KADANG-KADANG MEMBUAT MEREKA TERPRASAN TAK SUDAH-SUDAH. DENGAN INI, DENGAN SEGALA RASA PENUH TANGGUNGJAWAB, DIUMUMKAN BAHAWA KALIAN SEMUA TELAH DIBERI CUTI SEBULAN MEMANDANGKAN RAMADHAN AL MUBARAK TELAH MENJELANG. ALMAKLUMLAH RAMADHAN ADALAH BULAN YANG SUCI DAN KEHADIRANNYA TIADALAH BOLEH DICEMARI DENGAN HADIRNYA KALIAN. DARI ITU, HARAP MAKLUM, KEMUDAHAN TELAH DISEDIAKAN .....GRATIS UNTUK SEBULAN. KALIAN HANYA AKAN DIBEBASKAN APABILA SYAWAL HAMPIR MENJELANG. SILA BERBARIS DAN DIINGATKAN BAHAWA KALIAN TIDAK AKAN DAPAT MELARIKAN DIRI KERANA DENGAN SENDIRINYA KAKI DAN TANGAN KALIAN AKAN TERBELENGGU. SEKIAN."
Selesai pengumuman dibaca, riuh rendah suasana, penuh dengan kemarahan, kebencian, maki hamun terlaung. Tak ketinggalan, ada yang cuba melarikan diri, namun secepat kilat gari ujud di pergelangan kaki dan tangan mereka. Tiada jalan keluar, pengisytiharan sudah dibaca, perintah harus dijalankan. Bagi mereka, tiada ucapan lain untuk diperkatakan melainkan, "Selamat Tinggal Ramadhan." Dengan itu, sama-samalah kita mengharap agar kita tak perlu mengucapkan selamat tinggal pada Ramadhan yang mulia seperti mereka-mereka itu. Bersyukurlah dan ambil iktibar dari kesah tersebut biarpun diketengahkan dalam bentuk humor. Don't try this at home and selamat beribadah sempena bulan Ramadhan Al Mubarak. Sekian, assalamu'alaikum......
@khutubkhanah
hadiahalol
28052017
No comments:
Post a Comment