Sunday, 7 May 2017

KENANGAN INDAH BERSAMA NIK (1979 -SMK DATO' PERMAISURI, MIRI)

     Nik, masihkah kau ingat.... di saat itu kau dan aku dalam tingkatan 5.  Aku tak punya sahabat lain seakrab aku dengan kau.  Kawan ramai sekeliling.... tapi yang faham aku adalah kau dan yang faham kau adalah aku.  So, kita ngam sangatlah tu.  Dan yang lain tu tak akan faham kerja dan maksud gila kita berdua.  Hanya kau dan aku.  Aku masih ingatlah Nik, setiap hari pegi sekolah, aku tak bawa belanja.  Nasib baik ada kawan sebaik engkau.  Kau akan beli karipap dan kongsi makan dengan aku.  Beli mi goreng dua bungkus, satu untik kau dan satu untuk aku.  Kadang-kadang kalau terlalu emosi mengenang kisah lama ni, aku rasa........................Eh! bukan nak nangis.......rasa nak pakai seragam sekolah dan pi sekolah sekarang juga.  Hai....hai....indahnya zaman persekolahan.  Cuma, yang tak bestnya waktu tu...homework dan study untuk exam!!  Kita berdua dulu taklah terok sangat result SPM kan...kan?? 
     Selepas Form 5 aku tak tau kau pegi mana Nik. Kita terputus hubungan dan aku pun terkapai-kapai sana sini.  Last-last tu bapa aku kata," Mai diah, kita pegi Education Dept."  "Huhh..buat apa??" kepala hotak aku bertanya.  "Kita pegi sana, isi borang dan mohon untuk jadi guru sandaran."  Terkejut berok aku dibuatnya!  "Huusshh....bolehkah aku mengajar??  Murid-murid tu nanti akan takut ke dengan aku??"  Belum apa-apa dah jauh fikiran melayang, macam tak konpiden je.  "hah...cepatlah tukar baju, ikut bapa."  Pas tu aku ikut bapa aku naik motosikal Honda Belalangnya yang tak berapa nak laju.  Bapa aku tak ada kereta, modalnya cuma motosikal tu aje.  Turun naik pegi pasar Miri, honda tulah yang dia tunggang.  Dipendekkan kisah ni, permohonan aku diterima dan mengajarlah aku di SRK Anchi yang letaknya tak jauh dari rumah kita orang.
Aisehhh.....seronok juga jadi cikgu ni...anak anak murid aku tu termasuklah adik adik aku yang kat rumah tu.  Kat sekolah mereka panggil aku "Cikgu, Cikgu." tapi sampai kat rumah panggil "diah,diah"  Kurang asam, diajar panggil 'kakak' tak mau, bukan apa, sebab dah biasa.  Itu salah makpak aku....takpe aku dah maafkan mereka.
     Berbalik pada kisah kita Nik....kau ingat tak, sewaktu kita pulang sekolah dan singgah dekat pondok Pak Guard.  Entahlah...kita berdiri kat situ lama-lama, tunggu sapa hah??  Tunggu boyfriend aku kot?  Kau mana ada boyfriend kan masa tu.  Tunggu punya tunggu, tak juga kunjung tiba.  Kita jadi tambah boring.  Kalau sekarang ni, budak-budak kata tak happening!!  Aku masih ingat Nik, Bila aku nampak je mentol lampu yang bergantung dalam pondok tu, aku ajak kau masok kedalam.  Kau pun turut cakap aku.  Kemudian aku suruh kau nyanyi, kau kata tak nak.  Kau kata suara aku lagi sedap, nyanyilah lagu Saloma...Bila Larut Malam.  Pas tu kan kita toleh kiri kanan dulu, kalau tak ada orang lalu lalang, baru aku nyanyi.  "Hah...tak ada orang diah..nyanyilah kau....aku jadi penonton."
Aku pun beraksi....nak jadiklah Salomalah ni.....beg sekolah letak bawah.  Tangan sebelah angkat paras pinggang..ikut stail Salomalah konon dan microphonenya adalah mentol tadi.  Kerana mentol tu tinggi sikit, jadi terpaksalah adjust kepala, dongak sedikit atas.  Oleh kerana itu lagu Saloma, ikut cara lirikan mata dia, goyang badan walau sikit-sikit je...tapi mesti seksi....sebutan tu, mesti ikut cara mulut Saloma jugalah.  Waktu aku nyanyi...aku ingat  Nik...tak habis nyanyi sebab geli hati tengok kau tergelak lihat telatah aku.  Nik, kalau aku flashback semua tu, aku sakit perut gelak, sampai rasa nak terkencing pulak.  Nasib baik guru besar tak lalu kat situ....kalau ada...finishlah you and me...masok pejabat weiiii!!
      Dan boyfriend aku tu tak nampak-nampak.  Hai....sihitam manis tu, manalah dia ni!?  Memang pun, aku yang berangan sangat kat dia...dia tak tau pun hujung pangkal cerita.  Manalah nak respon!!
Hahahaha.......seronaknya waktu bersekolah....... (nanti sambung kisah kita Nik...ada banyak lagi)

@kamartulis
10.45pm07052917
hadiahalol











 







No comments:

Post a Comment