Friday, 26 May 2017

bapaku - pahlawan terbilang


  Ingat masa-masa masih kecik dulu, sebelum tidur mak kita akan cerita....antara lain, kisah-kisah yang dipaparkan adalah berkisar pada zaman dahulukala.  Dia menceritakan tentang zaman nenek moyang bapa kita orang.  Kononnya keturunan bapa ni berasal dari Samarinda, Indonesia.  Pas tu datok nenek bapa kita adalah orang yang kebal, tak lut dek senjata.  Oleh kerana terlalu kebal, apabila cuping telinganya dijentik, bunyi yang terkeluar adalah seperti pukulan pada talam besi, kata mak kita orang.  And then, pas tu abang aku, Adi dan Ali buat muka....perli mak kita orang...berkerut dahi and then senyum, seolah-olah dalam fikiran dia orang mengatakan,"isshhhh.....ada ke macam tu!  Tipuuuu...tak caye!!!!"  Adik-adik kita orang yang lain...dahhhh, dahhhh masok dah...mulut ternanga...abislah tu....amazing habis.  Aku sendiri, relek je, layannnn....
  Itu kisah tok nenek bapa kita orang.  And then mak kita orang bukak cerita lain, kali ini cerita seram.  Yang lucunya, bila cerita seram, semua kumpul duduk dekat-dekat, kalau boleh semua nak masok duduk dalam pangkuan mak kita orang.  Hahaha....yang bungsu sekalilah dapat tempat tu.  Mak kita tak adalah cerita tiap-tiap malam, kadang-kadang bila dia dah bosan dan bila semua orang demand untuk mendengar cerita, dia akan memulakannya begini,  "Pada suatu cerita, taik mata besar pelita, taik idong besar kuali...."  And then kita orang pun tergelak, tapi ada yang tak puas hati akan merengek dan tetap paksa dia untuk bercerita.
  Berbalik pada kisah bapa kita yang terbilang kepahlawanannya tu....masa kecik-kecik dulu memang suka membuat onar...kenapa ya?  Kalau tak buat onar....tak happening!!  Waktu tu bapa tengah tidurrr....and start project...
Entah...idea pun bodoh bodoh...kita orang ambik newspaper, pas tu dikoyak kecik-kecik and then masok mulut, kunyah... kunyah sampai betol-betol lembut...and then keluarkan dari mulut, bulatkan.  There u go....dah bulat dan lembut...hahh..lempar ke siling...tapi, kalau yang tak lembut tu, dia akan jatuh.
Kita orang challenge sorang dapat buat berapa banyak.  Yang terer mestilah abang aku yang dua orang tu...aku dengan adik kita Limah tak boleh tanding abang abang yang hebat tu.  Semakin banyak yang dikunyah dan dilempar...makin suka dan makin syok, sehingga tak sedar, terlalu asyik melempar keatas, mestilah diiringi dengan bunyi bising hentakan kaki yang melompat-lompat sehingga pahlawan yang tengah tidur tadi terjaga!!!
   Apa lagi...kena sergah..."Hoiii, kau orang buat apa???"  Keempat-empat kita orang terkejut tapi terlambat nak sorokkan cebisan surat khabar yang bersepah atas lantai.  Bila bapa bangkit dari baringnya dan dapatkan kita orang, dalam keadaan masih terfikir-fikir apa yang menyeronokkan tadi, dia bertanya," Apa bersepah ni?"  Sorang pun tak berani jawab, in fact kalau nak jawab apa susahnya," kertaslah!!!"  Siapa berani jawab, biar dia sendiri yang dapat jawapannya.  Kita orang berempat tak berani kemana-mana, tercegat kat situ je.  Menunggu takdir...tiba-tiba bapa dongak keatas dan terlihat tompok-tompok kertas
yang melekat kat siling.  Punyalah marah, dia pi ambik penyapu dan maki kita orang.  (bersambung......)  
         

       

No comments:

Post a Comment