Aku bukan milikmu selama-lamanya
dan engkau bukanlah milik aku seabadinya
lalu aku tertanya-tanya....
nanti suatu ketika
kemanakah hilang rasa cinta yang pernah terbina
sewaktu engkau dan aku sudah tiada
terkuburkah ia bersama kita di liang sana?
atau termaktub rapi di dada senarai peristiwa?
bisakah nanti.....
cinta dijulang semula di alam kedua
dek membuktikan jiwa
yang pernah bergelora
keranamu
atau.....
katakanlah kepadaku
cinta itu tiada hak untuk berada di akhirat sana
kerana kita banyak berbuat dosa
benarkah begitu?
aduhai....sebak aku dibuatnya
lalu aku berpaling
agar aku terus teguh dan tabah
kupahat......biar kekal di minda
biar menerobos ke dalam dada
cinta agung itu milik RABB yang esa
siapalah engkau
siapakah aku
apalah adapada kita
Gementar dan sendunya bila aku memikirkan
engkau tak akan pernah menjadi milikku seabadinya
kerana yang pasti dan kekalnya
milik kita adalah DOSA!!!
@kamartulis
11042016-9.35am
No comments:
Post a Comment