Monday, 22 May 2017

kau tak perlu tahu

demi tujuh lapisan langit dan bumi
demi seluruh isi alam semesta
aku tiada daya untuk menepisnya

siapa yang dapat menghalangmu
kerana aku percaya pada takdir
yang telah tertulis di Lauhil Mahfudz

untuk kau menzahirkan rasa
kerana cinta itu tidak
bisa dibendung lagi
pergilah kau dan
sambutlah tangannya

usah ragu
aku akan tetap di sini
aku akan tetap begini
seadanya....sebegini
siapa yang tahu
biar remuk pecah berderai
biar meledak hancur berkecai

tiada pentingnya lagi
untuk kau tahu
kerana.....
kau tak perlu tahu
biarlah begini


@khutubkhanah
the decision made - 30082016
hadiahalol


 

No comments:

Post a Comment